Presiden UMNO Diberi Laluan Protokol Khas Kerajaan Arab Saudi Di Raudhah – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 23 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersyukur kerana lewat malam tadi selepas solat Tarawih dapat menziarahi Makam Nabi Muhammad S.A.W. dan bermunajat di Raudhah bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi.

Ujar Dr Asyraf, Kerajaan Arab Saudi cukup menghormati Ahmad Zahid sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan menyediakan laluan protokol khas Kerajaan untuk ke Raudhah dan Makam Nabi Muhammad S.A.W.

“Saya sempat mendoakan kesejahteraan semua dan keselamatan buat Malaysia.

“Juga menyampaikan salam buat Junjungan dan doa sebagaimana yang menyampaikan hajat dalam komen-komen dan mesej-mesej peribadi kepada saya. Moga Allah makbulkan hajat semua insyaAllah,” katanya dalam dalam satu hantaran di Facebook.

Turut disertakan di media sosialnya itu, gambar Dr Asyraf bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu di pintu masuk rumah Saidatina Fatimah RA yang juga laluan ke Makam Nabi S.A.W. dalam kawasan Raudhah.

Dr Asyraf dan Ahmad Zahid kini sedang menunaikan umrah. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.