Politik Khidmat Bakti Diteruskan, Ramadan Kesempatan Terbaik Dekati Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 April – Kehadiran bulan keberkatan Ramadan menjadi platform terbaik untuk pemimpin UMNO meneruskan politik khidmat bakti termasuk mendekati rakyat di samping memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Di Melaka, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Rais Yasin menerusi hantaran di Facebooknya berkongsi beliau berkesempatan meluangkan masa bersama dengan masyarakat setempat di Paya Rumput dalam Majlis Khatam Al Quran di Surau Al Ehsan Jln Damai.

Rais yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan turut memaklumkan bahawa pihaknya akan memasang penghawa dingin demi memastikan keselesaan jemaah di surau terbabit untuk beribadat.

“Syukur Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan buat semua… seramai 18 orang kaum adam dan 16 orang kaum hawa yang telah berjaya khatam Al Quran dalam sesi tadarus kali ini.

“InsyaAllah pihak saya juga berbesar hati untuk memastikan keselesaan para jemaah semua dengan memberi komitmen akan memasang penghawa dingin di surau ini dalam masa terdekat.

“Semoga ahli jawatankuasa Surau Al Ehsan ini akan terus berkhidmat dengan baik dan memastikan surau ini akan terus diimarahkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri yang juga ADUN Kota Iskandar, Pandak Ali juga turut sama menghantar wakil beliau bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengedarkan bubur lambok di sekitar.

Pada sebelah malamnya, Pandak meluangkan masa bersama para pelajar berbuka puasa malah beliau juga sempat bertukar pandangan daripada mereka untuk pembangunan di kawasan ini.

“Team Kota Iskandar mewakili saya untuk bersama-sama sekumpulan MPP UTM mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan dan pelajar UTM Skudai.

“Usai dari itu, kami semua ke Majlis Iftar bersama di Taman Universiti. Sempat juga mendengar mahasiswa memberikan pandangan dan idea baru untuk Kota Iskandar,” ujar beliau.

Kesempatan sama turut dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing yang mendekati golongan tidak berkemampuan di samping memberikan sumbangan bagi meringankan beban ketika meraikan kedatangan bukan mulia ini.

“Menyantuni seramai 1,000 org asnaf sekitar tawau, terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program hari ini… semoga sumbangan tuan tuan mendapat balasan dari ALLAH SWT,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.