Tular ‘Pasleak’: Elok Ada Penafian Segera Jika Tak Benar – Shabery

KUALA LUMPUR, 20 April – “Segera memenjarakan Presiden dan bekas Presiden UMNO. Tindakan ke atas Timbalan Presiden UMNO. Menolak pindaan perlembagaan UMNO untuk pemilihan parti hanya selepas PRU. Juga merancang MOU 2.0 bagi melambatkan PRU.”

Demikian antara kandungan dalam dokumen yang tular sejak Ahad lalu.

Dalam hal ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, maka elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.

“Wikileak ialah pendedahan dokumen-dokumen sulit antarabangsa sejak tahun 2006. Apakah akan wujud ‘Pasleak’ pula kalau tidak ada penafian dari MB Terengganu sebagai tokoh penting dalam dokumen ini?

“Tahun 2022 ada kod tersendiri. 2+0+2+2 = 6. Kalau di Terengganu, istilah ‘berat 6 6’ ada makna yang besar,” katanya dalam hantaran melalui laman facebooknya berkaitan hal terbabit, hari ini

Dilaporkan, Ahad lepas, beberapa dokumen yang dikatakan minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) tular di media sosial, didakwa berkaitan dengan pertemuan antara Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri bersama Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac serta 4 dan 7 April.

Antara pemimpin yang dinyatakan dalam minit itu ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung PPBM Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.