Tolak Politik Fitnah Dan Pembohongan, Malaysia Mesti Bergerak Ke Depan – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 20 April – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan rakyat untuk menolak politik fitnah dan pembohongan.

Tegasnya, menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai cara mendapatkan sokongan dan pengaruh merupakan satu tindakan sangat tidak bertanggungjawab.

“Rakyat mesti menolak politik begini. Tokoh politik dan parti yang mempunyai pimpinan seumpama ini mesti ditolak. Maknanya bukan sahaja Rafizi Ramli perlu ditolak malah PKR juga mesti ditolak rakyat kerana membiarkan pemimpinnya melakukan perbuatan yang jelas tidak menunjukkan kematangan dalam berpolitik,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya berkaitan isu terbabit.

Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Malaysia mesti bergerak kehadapan, maka pemimpin atau parti yang mengamalkan budaya fitnah dan pembohongan ini mesti ditolak.

“Mereka tidak boleh diangkat sebagai pemimpin kerana iklim politik negara akan musnah apabila budaya ini diamalkan. Kita mahu politik yang matang.

“Rafizi, PKR, jangan cakap tidak serupa bikin … rakyat bijak menilai,” katanya lagi.

Terdahulu dilaporkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berdepan saman fitnah berhubung kenyataannya semasa berbalah dengan bekas perdana menteri, Najib Razak, mengenai masalah kewangan Sapura Energy Berhad.

Satu surat tuntutan maaf telah dihantar kepada Rafizi yang antara lain, menuntut tiga artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap presiden kumpulan dan ketua eksekutif Sapura, Shahril Shamsuddin, ditarik balik. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.