Perancangan Manusia Dan Perancangan Allah… Zahid Serah Kepada Rakyat, Ahli UMNO Menilai

KUALA LUMPUR, 20 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terpulanglah kepada rakyat dan ahli UMNO menilainya sendiri berhubung dengan kebocoran dokumen yang disebut sebagai “PASleak”.

Antara kandungan dalam dokumen itu menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Zahid dan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Saya berserah hanya kepada Allah, dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya yang Maha Agung lagi Maha Kuasa,” kata Zahid menerusi kenyataan berkaitan hal terbabit dalam laman facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyertakan petikan A-li Imraan 3:160 iaitu:

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

Zahid turut menyertakan antara kandungan dalam dokumen tersebut:

“Menurut TSMY dalam urusan mahkamah Zahid dan Najib, AG dan CJ setuju membantu percepatkan kes dan jatuh hukum.”

– Conclusion No. 6, Laporan Political Engagement PAS Pusat.

Ini adalah sedutan dari apa yang dikatakan adalah ‘laporan risikan’ pemimpin-pemimpin PAS bagi tujuan menyediakan pilihan atau ‘option’ untuk strategi PAS berhadapan dengan PRU15:

Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat ‘TSMY’, maka ianya membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan AG dan CJ.

Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem ‘judiciary’ dan kehakiman negara.

Pendedahan laporan risikan politik PAS ini sudah lama berlaku.

TSMY ada dipetik inginkan perbicaraan disegerakan.

AG, seperti biasa, diam seperti ….(gunakan apa sahaja perkataan yang sesuai tapi jangan tuliskannya)
CJ? Dulupun dah buat laporan polis tapi umum tidak mengetahui hasil siasatan samada sahih atau tidak serta tindakan terhadap mereka yang mengaku ‘bisa diatur’ keputusan hakim.

Judiciary? Sudah biasa buat laporan polis pun.

Saya? Tunggu je kalau ada penafian dan laporan polis terhadap pendedahan laporan risikan ini.
Sekurang-kurangnya, PM boleh tanya AG betul ke pendapat TSMY tu. Betul ke sudah ada ‘kolusi’ diantara pemimpin politik dengan AG dan CJ?

Tak susah sebenarnya kalau nak cari kebenaran dalam hal ni. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.