PUMAS, UMNO-Online Antara Medium Yakinkan Rakyat Terhadap Perjuangan Parti – Norliza

KUALA LUMPUR, 13 April – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abd Rahim melihat media sosial termasuk Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) dan portal UMNO-Online turut berperanan dalam meyakinkan rakyat terhadap perjuangan parti.

Malah beliau turut berpandangan kadangkala apa yang diterbitkan menerusi portal dan sebagainya dipetik oleh media arus perdana.

“Hari ini kita melihat PUMAS dan portal UMNO-Online telah berjaya memainkan peranan tersendiri dalam media sosial hari ini.

“Saya lihat ini ketara… malah kadangkala apa yang keluar dijadikan ‘news’ di akhbar luar… orang dah suka baca dan up to date… tahniah kepada UMNO-Online dan PUMAS. Saya amat menghargainya,” katanya dalam ucapan ringkas menerusi majlis berbuka puasa malam tadi.

Norliza yang juga Pengerusi UDA Holdings seterusnya berharap kerjasama yang terjalin hari ini bukan sahaja dapat membantu parti malah Wanita UMNO itu sendiri.

“Perkembangan politik nampaknya makin menyerlah… di sini media memainkan peranan sangta penting. Kekalahan PRU-14 lalu kita jadikan teladan.

“Kita perlu sama-sama berusaha mencari jalan kukuhkan parti kita. Carilah bawa cerita parti dan biar rakyat di bawah tahu UMNO perlu menerajui kerajaan untuk kepentingan bersama.

“Apa pun saya percaya medium media sosial antara yang boleh meyakinkan pelbagai peringkat masyarakat selain mencakupi kepelbagaian peringkat umur,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.