Usaha Selami Keperluan Masyarakat Setempat Berterusan

TEMERLOH, 9 April – Ramadhan yang menjelma saban tahun merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh umat Islam termasuklah di negara ini.

Pelbagai program dan pelbagai bantuan untuk lapisan masyarakat dihulurkan oleh pelbagai pihak dalam usaha menyantuni golongan berkenaan.

Begitu jugalah di Temerloh apabila Ketua UMNO bahagian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin memperhebatkan lagi segala bentuk program sepertimana kebiasaan.

Saban minggu programnya bersama masyarakat setempat membolehkan pelbagai aduan dapat dikutip termasuklah menerusi kunjungannya ke Bazar Ramadhan selain beberapa kawasan lain Khamis lalu.

“Walkabout Bazaar Ramadhan Lurah Semantan dan penyampaian apron kepada peniaga. Turut bersama YB Dato Nor Azmi Mat Ludin, Pegawai Daerah Dato Ali Syahbana, YDP Temerloh, Puan Jezlily, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar, wakil SWCorp, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh En. Azril, Ketua Puteri Bahagian Temerloh, Cik Nurul Aslina, ahli-ahli majlis Temerloh dan ajk-ajk UMNO Bahagian Temerloh.

” Alhamdulillah, saya dimaklumkan walaupun baru tiga hari berniaga, hasil jualan amat memberangsangkan, Alhamdulillah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut bersama penduduk setempat berbuka puasa dalam usaha mendekatkan lagi pemimpin bersama rakyat.

“Kemudian saya ke Majlis Buka Puasa di Masjid Kg Belengu anjuran peserta Felcra Paya Ara. Saya juga berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim sekitar kampung terdekat. Semoga Allah memberkati usaha ini, insya Allah,” ujarnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.