Jelajah Ramadhan Santuni Pelbagai Lapisan Masyarakat

SANDAKAN, 9 April – Pelbagai peringkat lapisan masyarakat termasuk barisan ‘Fronliner’ antara menjadi tumpuan menerusi program turun padang Jelajah Ramadhan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan di negeri Sabah yang bermula semalam.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO bersama pimpinan Pemuda UMNO Sabah yang lain turun menyantuni penduduk di Sandakan dan juga beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu.

“Semalam berada di Kg Sukau, Kinabatangan bersama Pemuda UMNO Kinabatangan menziarah beberapa rumah di kawasan Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS)

“PPMS merupakan program penempatan semula penduduk dari kampung asal kepada lokasi lain. Mereka kongsikan beberapa perkara permintaan serta masalah-masalah yang dihadapi,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Selepas Solat Isyak dan Terawih bersama rakan-rakan Pemuda UMNO di Masjid Tun Jahar, Kg Sukau, Shahril bersama pimpinan Pemuda UMNO yang lain memyantuni pula “frontliner’ di Pekan Kinabatangan.

Dalam pada itu, Shahril bersama pimpinan UMNO serta masyarakat setempat turut bersahur bersama mereka yang lain di Libaran dan bergerak ke Kota Kinabalu.pula hari ini menerusi Jelajah Ramadhan.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.