Negara Perlu Fokus Ke Depan, Cukup-Cukuplah Tun Timbulkan Pelbagai Polemik…
KUALA LUMPUR, 7 April – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap agar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cukup-cukuplah menimbulkan pelbagai polemik di negara ini.
Menurut beliau rakyat sudah letih dan mual dengan cara politik Tun dan negara hari ini perlu melangkah dengan baik ke depan untuk menghadapi segala cabaran.
“Berehatlah Tun…Cukup-cukuplah. Sebaiknya dibulan mulia ni kita berdoalah sesama kita agar Allah berikan kebaikan dan diterima amal ibadat kita.
“Rakyat Malaysia pun dah letih dengan cara politik Tun. Malaysia perlu bergerak ke depan,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Kata beliau lagi fokus negara juga telah pun tersasar dan berbanding dengan negara lain, Malaysia perlu beralih dan fokus untuk kepentingan semua pihak.
“Fokus Malaysia sudah jauh tersasar. Malaysia ketinggalan sekarang. Tun rehatlah.
“1982 – 2022 lama sangat dah Tun. Beri peluang orang lain pula menguruskan negara ini,” tambahnya.- UMNO Online