SUA Ziarah Balu Setiausaha UMNO Kepong,  Seluruh Pimpinan UMNO Rakam Takziah

KUALA LUMPUR, 5 April – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga pejuang parti yang merupakan Setiausaha UMNO bahagian Kepong, Muhammad Kasim yang kembali ke rahmatullah lewat petang semalam.

Dalam catatan melalui media sosialnya, beliau turut berkongsi paparan bersama dengan balu Allahyarham yang juga Ketua Wanita UMNO Kepong, Bibi Zaiton serta kaum keluarga terdekat yang lain.

“Tengahari tadi saya menziarahi keluarga Allahyarham Hj Muhammad Kasim, Setiausaha UMNO Kepong yang meninggal lewat petang semalam dan dikebumikan pagi tadi. Isteri arwah, Pn Bibi Zaiton adalah Ketua Wanita UMNO kepong.

“Takziah setulusnya dan marilah kita sama-sama hadiahkan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah dan sama-sama berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-rang yang beriman…Amiin” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.