Presiden UMNO Terima Kunjungan Hormat Duta AS

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat (AS), HE Ambassador Brian D. McFeeters di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan lebih satu jam yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra didahului jamuan makan tengah hari yang kemudian disusuli perbincangan berkaitan isu-isu semasa.

Pada akhir pertemuan terbabit, Ahmad Zahid dan McFeeters melakukan pertukaran cenderamata.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Pemangku Kaunselor Politik AS, Bryn West. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.