Keputusan CEC: Bagaimana Nasib Melayu Jika Dap Kuasai Malaysia… 22 Bulan Jadi Bukti

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari mengingatkan rakyat agar jangan lalai dalam membuat penilaian berhubung kepimpinan negara berdasarkan kepada keputusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Dap bagi penggal 2022-2025 baru-baru ini.

Katanya, daripada 10 calon Melayu, hanya seorang sahaja menang pemilihan ahli CEC Dap sedangkan mereka selalu laungkan bahawa Dap adalah parti berbilang kaum.

“Tapi hakikatnya kita boleh sedar itu semua hanyalah wayang sahaja.Ternyata ahli-ahli Melayu terpinggir dalam Dap. Calon-calon Melayu lain itu pun bukan calang-calang orangnya kalau hendak dibandingkan YB Young Shefura,” katanya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya.

Selaras itu, Azhari berkata, bayangkan kalau Dap kuasai Malaysia?

“Bagaimana nasib orang Melayu? Anda juga sudah merasai bagaimana Lim Guan Eng buat setelah menjadi Menteri Kewangan 22 Bulan. Kejap sahaja jadi, tapi macam-macam dia berjaya buat.

“Kita jangan lalai lagi,” gesa beliau yang meminta rakyat membandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, berbeza dengan BN, terbukti bahawa semua bangsa mendapat nikmat di Malaysia.

“Jangan sangkalkan fakta ini. Jika ada yang bidas, itu disebabkan sudah termakan hasutan Dap bahawa mereka tertindas, padahal mereka hidup aman damai dan hidup mewah sahaja akibat kestabilan ekonomi dibawah pemerintahan Kerajaan BN.”

Dilaporkan, pemilihan CEC Dap menyaksikan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dipilih sebagai Setiausaha Agung baharu dan Lim Guan Eng menjadi Pengerusi Kebangsaan menggantikan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula mengetuai senarai terpilih dalam CEC mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan.
Young Syefura yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari merupakan satu-satunya calon Melayu yang berada senarai 30 tertinggi yang terpilih sebagai ahli CEC. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.