Agenda Dan Kepentingan Masyarakat Setempat Terus Jadi Keutamaan Sharkar

TEMERLOH, 27 Mac – Pelbagai program yang melibatkan masyarakat setempat terus diberikan tumpuan dan antara yang menjadi keutamaan Ketua UMNO Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dalam usaha memastikan agenda mereka terus terlaksana.

Pagi semalam, pertandingan sepak takraw bawah 21 tahun tertutup daerah Temerloh menjadi tumpuan para belia dalam usaha mencari bakat selain merapatkan ukhuwah belia setempat.

“Semalam memenuhi jemputan perasmian pertandingan Sepak Takraw Bawah 21 Tahun tertutup Daerah Temerloh dan Sesi Pencarian Bakat Sukan Sepak Takraw ke Sekolah Sukan Pahang (SMK Seberang Temerloh).

“Ini merupakan satu inisiatif Persatuan Sepak Takraw Daerah Temerloh untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat muda dalam sukan tradisional Malaysia ini. Semoga kejohanan yang sebegini kerap kali dianjurkan untuk mencari pelapis bagi sukan ini diperingkat daerah, negeri seterusnya antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini..

Dalam pada itu, pada hari yang sama Sharkar yang juga Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang dan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Temerloh turut bersama pada majlis perasmian sambutan Hari Air Sedunia dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Taman Awam Bera.

“Turut bersama Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Perdana Menteri menegaskan berkenaan isu dan cabaran dalam pengurusan sumber air negara perlu ditangani dengan berkesan bagi mencapai pengurusan sumber air negara yang lestari dan holistik,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.