Enam Pemuda BN Barisi Exco Johor, Bukti UMNO/BN ‘Walk The Talk’ – Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pemilihan wakil Pemuda Barisan Nasional (BN) sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kerajaan Negeri Johor memberikan suatu pengiktirafan dan aspirasi kepada golongan muda.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembentukan ini juga merupakan nafas baharu kepada kerajaan negeri ini di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Mewakili saf kepimpinan Pemuda BN, menjunjung kasih ke atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melantik enam orang Ketua-ketua Pemuda BN sebagai Exco Negeri Johor.

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana memberi kepercayaan dan benar-benar mencipta sejarah menampilkan majoriti anak-anak muda sebagai Exco Kerajaan Negeri,

“Sekaligus membuktikan bahawa UMNO dan BN adalah parti yang walk the talk merealisasikan aspirasi anak muda untuk melibat sebuah Kerajaan yang berwajah baharu, muda dan malar segar buat semua wakil-wakil Pemuda BN dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Johor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO juga berharap amanah diberikan ini dapat dijalankan dengan sebaiknya oleh barisan Exco bagi membawa negeri ini memercu kejayaan sekaligus membawa manfaat kepada rakyat.

“Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, berintegriti, mengutamakan rakyat berbanding diri sendiri, menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa dan berkerjalah dengan sepenuh jiwa demi rakyat dan kecemerlangan negeri.

“Saya doakan semua sentiasa dipelihara Allah dan dikurniakan hikmah untuk melaksanakan amanah,” ujar beliau.

Berikut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kepimpinan Pemuda BN yang terpilih menjadi Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu:

Mohd Hairi Mad Shah, ADUN Larkin
Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor

Mohd Fared Mohd Khalid, ADUN Semerah
Ketua Pemuda UMNO Parit Sulong/Naib Ketua Pemuda Negei Johor

Mohamad Fazli Salleh, ADUN Bukit Pasir
Ketua Pemuda UMNO Pagoh

Raven Kumar Krishnasamy, ADUN Tenggaroh
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan

Ling Tian Soon AH SOON, ADUN Yong Peng
Ketua Pemuda MCA Ayer Hitam

Lee Ting Han, ADUN Paloh
Ketua Pemuda MCA Semberong – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.