Kini Masa Untuk Bekerja, Kemaskan Jentera Parti- Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Tirai Perhimpunan Agung UMNO 2021 telah berlabuh dengan lancarnya dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan penutupan dan pergulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang jelas membawa mesej penting untuk persiapan semua ahli parti menuju Pilihan Raya ke 15 (PRU15)

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata semua pihak perlu melihat secara mendalam apa yang diutarakan presiden dan kepimpinan parti lain pada sesi penggulungan untuk sama-sama terus bekerja khususnya memperkemaskan jentera masing-masing di pelbagai peringkat.

“Persiapan PRU-15 ini, UMNO memerlukan kesatuan yang jitu sebagai terasnya untuk memastikan rakyat yakin terhadap UMNO sebagai pengemudi kerajaan selepas PRU-15.

“Strategi pemulihan dan keperluan rakyat yang telah diberikan oleh Perdana Menteri mengenai bantuan dan pelbagai inisiatif serta Presiden pula berfokus menyusun jentera parti ini mampu membantu memulihkan keyakinan dan mandat secara majoriti kepada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Kata beliau, lagi sudah pasti pucuk pimpinan berbincang segala usul parti dengan hati yang terbuka dan elakkan daripada tabiat yang tidak bermaruah kerana ini mampu melemahkan keseluruhan peranan pimpinan UMNO bukan sahaja di dalam parti bahkan pimpinan UMNO dalam Kerajaan.

“Semoga pimpinan UMNO berbincang dengan baik dan penuh kasih sayang kerana parti dan anak cucu-cicit kita. Kami juga berharap dalam persiapan PRU-15, Wanita UMNO tetap istiqamah dengan 30 peratus kerusi perlulah diberikan kepada Wanita kerana sememangnya Wanita yakin akan memenangi 100 peratus kerusi yang ditandinginya.

“Menerusi PAU 2021 kali ini, kami akan memperkemaskan segala gerakan yang akan disusun dengan penjenamaan semula semua gerakan dan diberi nafas baru untuk memastikan kejayaan yang besar pada PRU15. Fokus kita adalah kemenangan untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Yakinkanlah kepada rakyat bahawa UMNO bergerak dalam satu rangka kerja yang tersusun dan hapuskanlah persepsi anasir-anasir kejahatan yang mencemburui keutuhan pasukan UMNO kita,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.