Tahniah… Kemenangan 2/3 BN Johor Pencapaian Yang Baik

JOHOR BAHRU, 13 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) Johor yang telah diberi kepercayaan oleh pengundi untuk menerajui negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan pada Sabtu.

Menurut beliau kemenangan 2/3 majoriti merupakan satu pencapaian yang baik dan ianya adalah satu kepercayaan yang amat tinggi daripada rakyat Johor dalam usaha memastikan kestabilan di negeri berkenaan.

“Tahniah BN Johor berjaya memenangi PRN Negeri. Tahniah kepada YB Raven Kumar kerana dipilih semula sebagai Adun Tenggaroh. Semoga Negeri Johor dan Dun Tenggaroh akan terus makmur.”

Sharkar seterusnya mengucapkan tahniah kepada semua jentera yang terlibat serta seluruh kepimpinan parti dalam usaha membantu kemenangan BN mendapat mandat semula daripada rakyat Johor.

“Sekalung tahniah dan terima.kasih kepada seluruh jentera parti. Sesungguhnya kemenangan ini adalah tanda kepercayaan rakyat terhadap parti khususnya Ikhtiar BN Johor dan kita percaya Datuk Hasni Mohammad dan kerajaan yang ditubuhkan nanti mampu merealisasikannya.

“Tahniah semua dan terima kasih sekali lagi kepada pengundi Johor,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.