Pengundian Berjalan Lancar, Suasana Di Simpang Jeram Terkawal

BAKRI, 12 Mac – Hari ini yang merupakan hari pengundian bagi seluruh pengundi di negeri Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan bakal menentukan siapakah yang menjadi pilihan mereka untuk menerajui negeri tersebut.

Tentunya masing-masing sudah mempunyai pilihan dan tekad parti mana yang mahu dipangkah dan siapa pula calon yang menjadi pilihan hati untuk mewakili mereka kali ini.

Untuk Zon Utara, di Sekolah Vokasional Muar yang merupakan salah satu pusat pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, suasana masih biasa dan kelihatan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Cumanya awal pagi menyaksikan kehadiran pengundi yang tidaklah terlalu ramai dan suasana terkawal selain kelihatan pengundi cukup selesa untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Kelihatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak keselamatan mempermudahkan para pengundi untuk membuang undi.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.