Keputusan Tidak Rasmi PRN Johor: BN Peroleh Dua Pertiga Majoriti

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Barisan Nasional (BN) berjaya meraih mandat besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini apabila berjaya memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 yang dipertandingkan, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 10.56 malam ini.

BN berjaya meraih dua pertiga majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang amat kukuh.

DUN Johor yang dibubarkan pada 22 Jan lepas manakala penamaan calon pula pada 26 Feb.

Selain BN, kedudukan tidak rasmi turut menunjukkan Pakatan Harapan memenangi 10 kerusi, Perikatan Nasional tiga kerusi manakala PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing berjaya memenangi satu kerusi. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.