Keputusan Tidak Rasmi: BN Menang Dengan Majoriti Besar

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Barisan Nasional (BN) mendapat mandat membentuk kerajaan Negeri Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi, Barisan Nasional (BN) telah memenangi 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Hal ini diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan secara tidak rasmi BN mendahului di 42 daripada 56 kerusi DUN setakat 8.40 malam ini.

Naib Presiden MIC T.Murugiah pula memaklumkan MIC secara tidak rasmi menang empat kerusi DUN ditandinginya pada PRN Johor ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden parti Dr Mah Hang Soon memaklumkan MCA secara tidak rasmi telah menangi empat kerusi DUN pada PRN Johor setakat ini.

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.