Keluarlah Mengundi, Hari Penentu Pastikan Ikhtiar BN Dilaksana – Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Johor untuk keluar mengundi dan melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan Ikhtiar BN dapat dilaksana.

Ujarnya, sebagaimana hari pengundian maka ia adalah makna bagi menentukan Ikhtiar BN dapat dijayakan bagi kestabilan masa depan.

“Jangan ketinggalan mengikuti kawan-kawan yang lain yang telah keluar mengundi, maka inilah masanya untuk rakyat keluar mengundi bagi memastikan Ikhtiar BN dilaksanakan,” katanya.

Jelas beliau, satu undi untuk BN yang diberikan oleh rakyat amat bermakna dalam memastikan kesinambungan pentadbiran Datuk Hasni Mohammad sebagai menteri besar.

“Datuk Hasni telah membuktikan dan memulakan pelaksanaan bagi memulihkan ekonomi dan kesemuanya ini terangkum dalam Ikhtiar BN yang tentunya hanya akan dapat direalitikan dengan mandat rakyat pada hari ini,” ujarnya.

Dilaporkan, sebelum ini BN Johor menawarkan lima ikhtiar utama sebagai usaha berterusan bagi memakmurkan negeri itu merangkumi kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk orang muda, membudayakan pentadbiran berintegriti dan melaksanakan reformasi politik.

Rakyat Johor hari ini mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 56 kawasan DUN, yang melibatkan 239 calon daripada 15 parti politik yang bertanding. – UMNO Online

Oleh: Ropikah Ahmad

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.