Hasni Pertahan DUN Benut

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini dengan majoriti 5,859 undi.

Bertanding buat kali keempat di DUN Benut, Hasni yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 10,896 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Isa Ab Hamid yang mendapat 5,037 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Haniff @ Ghazali Hosman (1,200 undi) dan Iskandar Noor Ibrahim mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang memperoleh 139 undi.

Hasni yang juga Pengerusi BN Johor bertanding di kerusi DUN Benut sejak 2008, dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) beliau mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 4,447 undi.

Sebelum itu, Hasni merupakan Ahli Parlimen Pontian setelah menang pada PRU11, yang diadakan pada Mac 2004.

Hasni dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 pada 28 Feb 2020. – BERNAMA