BN Peroleh Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 29 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata BN memperoleh lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan setakat 11.05 malam ini.

“Hari ini, proses pengundian bagi PRN Johor ke-15 telah berjalan dengan baik dan lancar,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, malam ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.