Azeez Rayu Pengundi India Beri Kemenangan Pada Sharifah Azizah

MAHKOTA, 11 Mac- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap jentera MIC Kluang agar terus berkerja keras sehingga keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumumkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling memohon agar semua pengundi di Taman Doorset, di sini mengundi calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dan memberikan mandat kepada BN untuk ‘Kestabilan Masa Depan’.
Pada masa yang sama beliau menasihati pengundi-pengundi masyarakat India agar membawa dokumen pengenalan diri iaitu kad pengenalan pada hari mengundi esok dan mengundi BN.

Terdahulu Azeez bersama Sharifah Azizah telah menyantuni masyarakat India di bandar Kluang. 

Video di atas merupakan ucapan Azeez dalam bahasa Tamil bersama pengundi-pengundi India. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.