Hari-hari Terakhir Kempen, Abd Mutalip Pergiat Usaha Raih Undi

JOHOR BAHRU, 10 Mac – Tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berbaki dua hari sahaja lagi diambil kesempatan sepenuhnya calon bertanding.

Mereka mengambil peluang menggunakan masa yang ada dengan merancakkan lagi aktiviti meraih undi.

Calon Barisan Nasional (BN) Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim mengadakan aktiviti ramah mesra dari rumah ke rumah di sekitar pekan Simpang Renggam dan Layang-Layang.

Jentera kempen juga mengingatkan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab 12 Mac ini.

“Ambillah peluang pada 12 Mac ini untuk membuat pilihan, ia adalah hak dan tanggungjawab anda sebagai pengundi calon mana yang dapat berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata bukan sesuatu yang janggal baginya untuk menemui pengundi kerana telah melakukan perkara yang sama sebelum ini terutama ketika menjadi wakil rakyat di DUN berkenaan.

“Saya akan terus menemui pengundi baik ketika menjadi wakil rakyat atau tidak seperti penggal lepas. Malah jika saya diberi kepercayaan pengundi sekali lagi pada 12 Mac ini ia akan menjadi perkara rutin saya.

“Pengundi di sini tahu dan boleh menilai saya. Ini bukan kerja bermusim tetapi tugas dan tanggungjawab sebenar wakil rakyat untuk membantu masyarakat tanpa mengira kaum,” ujarnya.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.