Difitnah Beli Undi, Laporan Polis Telah Dibuat – Calon BN Simpang Jeram

JOHOR BAHRU, 10 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) Simpang Jeram Datuk Lokman Md Don tegas berkata gambar yang memaparkan seorang individu menunjukkan wang dan risalah darinya adalah fitnah.

“Ini adalah fitnah. Semalam, terkejut saya menerima gambar serupa ini, saya tidak pernah memberi sebarang berbentuk wang ringgit.

“Ini amat memalukan kerana itu adalah ‘flyers’ (risalah) dari pihak saya namun beg yang dipaparkan dalam gambar, bukan dari saya mahupun jentera saya,” tegasnya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.

Justeru, beliau berharap agar sesiapa yang ada menerima gambar tersebut mesti berhenti dari menularnya serta-merta.

“Kerana wakil dari saya telah membuat laporan polis (laporan polis ada disertakan).

“Jadi hentikan sebaran ini serta-merta,” katanya lagi.

Di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, DUN Simpang Jeram menyaksikan persaingan empat penjuru.

Lokman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri akan berhadapan dengan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Pan) Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga penyandang kerusi tersebut dan Ahli Parlimen Pulai mewakili Pakatan Harapan (PH).

Manakala dua lagi calon dari Perikatan Nasional (PN) Zahrul Salleh dan Mahaizal Mahmor (Pejuang). – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.