BN Tunai Apa Dijanjikan, Bukan Seperti PH – Penyandang DUN Panti

PANTI, 9 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti, Hahasrin Hashim berkata apa yang dijanjikan oleh BN pasti akan ditunaikan demi memastikan rakyat terus mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Menurutnya, ini cukup berbeza semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan parti lawan yang lain selalu melaga-lagakan rakyat dan pemimpin BN.

“Berbeza dengan parti-parti lawan yang sentiasa melaga-lagakan dengan memberikan berbagai persepsi dan sekiranya ada isu-isu yang berkaitan maka mereka akan mengambil isu yang berikan keuntungan kepada PH,” ujarnya di dalam satu majlis di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tenggara Utara di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua UMNO Bahagian Tenggara yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Adham Baba dan jentera.

Dalam ucapannya, penyandang DUN Panti itu juga menyentuh Bandar Tenggara adalah satu bandar terancang yang dibina oleh BN untuk dinikmati oleh rakyat yang berbilang kaum di situ.

BN juga katanya fokus kepada mempertingkatkan kualiti pendidikan rakyatnya.

“Dengan inisiatif BN telah mewujudkan banyak pendidikan tinggi bagi rakyat Malaysia kerana BN ingin memastikan rakyat mendapat akses yang luas dari segi pendidikan, kemahiran dan sebagainya.

“Sewaktu awal 80 dan 90an terdapat beberapa universiti di Malaysia tapi dengan inisiatif BN telah mewujudkan banyak universiti, kolej tempatan, politeknik dan sebagainya kerana BN hendak memastikan rakyat negara ini mempunyai akses yang formal dari segi kemahiran, pendidikan dan sebagainya,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.