UMNO/BN Terus Bekerja Untuk Rakyat… Yang Pelik Pas Lebih Suka Serang UMNO Dari Dap… – Shamsul Anuar

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menekankan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) akan terus bekerja untuk rakyat tetapi yang peliknya Pas lebih suka menyerang UMNO daripada menyerang Dap.

Dalam hal ini, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, memetik kata-kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hasi Awang bahawa UMNO sudah lumpuh.

“Di PRU14 memanglah UMNO/BN kalah, namun diukur dari jumlah kerusi yang dimenangi UMNO’BN ketika itu ialah 79 kerusi sebelum berlaku ‘lompat katak’. Berbanding Pas, parti ini hanya menang 18 kerusi.

“Jadi, Haji Hadi lupa ke Pas juga kalah? Bila Pas kalah bukankah bermakna Pas juga ditolak rakyat?”

Jelasnya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya, situasi sekarang berbeza kerana ketika ini Pas menjadi sebahagian kerajaan.

“Apakah Pas ingat tanpa UMNO/BN kerajaan ini boleh dibentuk? Bolehkah kerajaan dibentuk jika Pas, GPS, PPBM sahaja?

“Kena kira betul betul Tan Sri Hadi. Realitinya, biarpun Haji Hadi berulang kali menyebut UMNO ditolak rakyat.”

Dalam hal ini, Shamsul Anuar memberikan fakta selepas PRU 14 dalam beberapa siri pilihan raya kecil:

a. PRK CAMERON HIGHLANDS
b. PRK SEMENYIH
c. PRK TANJUNG PIAI
d. PRK KIMANIS
e. PRK SLIM
f. PRK CHINI

“UMNO/BN menang. Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sri Kandis. Pas kalah? Malah dalam PRN Melaka pada 2021 lalu BN memang 21 kerusi. Pas tidak menang satu kerusi pun kan?

“Jadi terpulang lah kalau Haji Hadi Awang berterusan mahu menyebut UMNO ditolak rakyat. Apa yang penting. UMNO BN akan terus bekerja untuk rakyat.

“Yang peliknya Pas lebih suka menyerang UMNO daripada menyerang Dap. Kenapa ya?” soalnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.