Bukankah Dap, PH Musuh Utama Pas? Tapi Yang Diserang UMNO/BN – Azhari

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari tidak faham kenapa Pas perlu fokus kepada Barisan Nasional (BN) tetapi bukan kepada Pakatan Harapan (PH) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Tegasnya, tindakan Pas itu seolah-olah BN musuh utama mereka bukan Dap dan timbul pertanyaan bukankah musuh utama mereka adalah Dap dan PH.

“Tapi sekarang seolah-olah BN adalah musuh utama mereka selepas Presiden UMNO Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengatakan MN (Muafakat Nasional) sudah dalam lipatan yang tidak perlu dibuka lagi.

“UMNO sudah tawarkan kerusi pasti menang kepada Pas di Melaka dan juga di Johor. Tapi Pas masih ingin bersama Bersatu dengan alasan kerusi yang ditawarkan sedikit.

“Akibatkan satu kerusi pun Pas tidak menang di PRN Melaka dan kemungkinan besar juga di PRN Johor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Azhari memberi respon mengenai satu laporan media yang berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Duta Timur Tengah mengajak pengundi menghukum BN di dalam PRN Johor ini.

Tambah Azhari, sebelum ini pada 4 Mac lalu, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man ingin melihat semula status MN selepas PRN Johor.

“Melalui kenyataan ini kita boleh rasakan bahawa Pas tidak jujur dengan UMNO. Ketika UMNO tiada kuasa mereka tinggalkan dan bersama Bersatu, tapi jika BN menang besar di PRN Johor mereka ingin kembali kepada MN agar jawatan dan kuasa mereka kekal selepas PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15),” tegasnya.

Seterusnya, Azhari turut setuju dengan kenyataan Ahmad Zahid kerana selama ini jelas hanya UMNO bersungguh-sungguh untuk merealisasikan MN berbanding dengan Pas, pelbagai program dijalankan di peringkat Parlimen dan juga negeri agar MN terus subur.

“Malangnya, pemimpin-pemimpin atasan Pas terus setia bersama PPBM apabila jawatan dan kuasa mereka telah dapat. Mereka abaikan permintaan akar umbi Pas yang masih mahukan MN demi penyatuan Ummah.

“Akibatnya semasa PRN Melaka. Ramai pengundi PAS sebelum ini telah bertukar mengundi BN. Diharapkan perkara ini juga berlaku di PRN Johor. Rakyat sudah sedar. Undi BN Demi Kestabilan Masa Depan,” katanya.

Azhari dalam nota tambahan di statusnya turut menyeru Abdul Hadi menasihati Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tular menghadiri satu majlis PN yang menampilkan tarian menjolok mata. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.