Shahril Hamdan Ungkap Apa Yang Menarik Sangat Dalam Ikhtiar BN Johor?


JOHOR BAHRU, 3 Mac – Selasa lalu Barisan Nasional (BN) telah melancarkan Ikhtiar BN Johor dengan satu matlamat utama berpaksikan lima Ikhtiar untuk lima tahun akan datang.

Dalam hal ini, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengupas manifesto BN yang ditawarkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan dilaksana pada 12 Mac ini.

Menerusi video, Shahril menerangkan beberapa ikhtiar ‘gamechanger’ yang paling menarik iaitu:

1. Menampung kos faedah pinjaman Bank Rakyat bagi Usahawan PKS dan MIKRO

Biasanya bila buat pinjaman BR ini, faedahnya sekitar 4-5%. Kerajaan BN Johor akan cover kos faedah 3.58% dan menyediakan sejumlah pinjaman RM100j bagi rakyat Johor. Bermakna anak muda Johor yang dapat loan BR untuk perusahaan mikro adalah tanpa faedah. Kalau pinjam RM100 ribu misalnya, biasa interest RM3580 setiap tahun – semua Kerajaan negeri akan tampung.

2. Menyediakan lot tanah untuk perumahan generasi baru Felda

Kerajaan Negeri cakna masih ramai generasi kedua yang belum ada rumah sendiri. Maka, sebagai langkah awal, 3,200 lot generasi akan disediakan melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). Ini hanya permulaan dan akan ditambah. Generasi kedua Felda terbela.

3. Mengambil alih tanah pemaju yang tak bina rumah mampu milik

Ini gamechanger. Kerajaan negeri akan mewujudkan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). Melalui PKPJ ini, Kerajaan negeri akan minta developer serah tanah kepadanya untuk PKPJ bina perumahan mampu milik bagi rakyat. Mungkin ada yang tanya, kenapa pula developer nak bagi tanah kat Kerajaan negeri? Jawapannya, setiap pemaju yang buat projek perumahan diwajibkan melaksana perumahan mampu milik. Tapi kadang kala mereka lewat dan melengah. Macam-macam kerenah. Jadi, Datuk Hasni dan Kerajaan BN tak nak tunggu. Dia kata, OK kita akan lepaskan you dari kewajipan ini, dengan syarat you bagi tanah kepada PKPJ. Biar PKPJ yang uruskan dan pastikan rumah mampu milik terbina secepat mungkin.

Dianggarkan 4,900 ekar boleh diambil oleh PKPJ dan sekurang-kurangnya 120,000 rumah akan mampu dibina.

Inilah beza Ikhtiar BN. Bukan cakap sahaja, tapi dah lengkap dengan pelan dan strategi pelaksanaannya.

4. Menarik pelaburan Singapura melalui Johor Economic, Tourism and Cultural Office (JETCO)

Ini pun kreativiti MB Johor Datuk Hasni. Selalu orang bercakap FDI, FDI. Singapura melabur di Johor. Tapi konsisten dengan tagline #IniCaraJohor, MB tak duduk sahaja tunggu MIDA atau MITI di peringkat Persekutuan buat kerja. Dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, bila menang besok, Kerajaan negeri BN akan tubuhkan JETCO, satu agensi yang berpejabat di Singapura dan secara aktif, hari-hari akan kejar investment dari Singapura. Mereka akan berjumpa syarikat dan pelabur dari Singapura dan mempermudah segala birokrasi. Hal birokrasi negeri, Jetco akan fast track. Hal birokrasi persekutuan, Jetco akan berhubung dengan MIDA untuk fast track.

Bukan itu sahaja, JETCO juga akan menjadi penghubung untuk perniagaan dan syarikat Johor menembusi pasaran di Singapura. Ini dia BN. Bukan hanya bercakap nak FDI, tapi siap dah ada pejabat dah ada team pun untuk buat sampai jadi. Kesannya kepada ekonomi Johor dan rakyat Johor dari segi pekerjaan, pendapatan, pengembangan akses pasaran dijangka amat signifikan. Bak kata orang Johor kan #LuaskanKuasaMu

5. Membangun projek infrastruktur pengangkutan Johor

Yang ini ringkas sahaja nak sebut sebab ramai yang dah faham perkara ini. Bawah Kerajaan negeri BN, Johor akan menggesa Kerajaan pusat untuk buat HSR sampai ke Singapura. Bukan hanya berhenti di Johor. Kita nak traffic flow. Bukan saja-saja buat keretapi laju. Idea siapa lah tu nak berhenti kat Johor sahaja?

Selain HSR, Kerajaan BN Johor akan mengintegrasikan BRT, RTS dan LRT di Johor di bawah satu sistem pengangkutan yang tersusun. Dan BRT ini pula akan menggunakan bas elektrik sebagai sebahagian perancangan menjadi bandaraya Johor Bahru sebagai Smart City dengan low carbon emissions sejajar dgn perancangan Kerajaan pusat untuk menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang 2050. Johor tak nak tunggu negeri lain mula, tapi Johor akan mulakan dulu menjadi model bandar masa depan. Untung kalau undi BN. Untung hari ini untung masa hadapan.

Kesimpulan

Inilah sebahagian daripada tawaran-tawaran BN khusus untuk rakyat Negeri Johor. Jauh lebih baik daripada parti-parti lawan yang masih nak serang BN hari-hari.

Dengan BN, rakyat Johor bakal dapat, bukan sahaja kestabilan tetapi agenda-agenda pembangunan inklusif di bawah IKHTIAR BN.

Undi BN, demi kestabilan masa hadapan Johor! – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.