Ikhtiar BN Johor Mampu Meyakinkan Rakyat Pilih BN – Dr Adham


JOHOR BAHRU, 3 Mac – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Dr Adham Baba yakin dengan matlamat yang telahpun digariskan di dalam lima Ikhtiar BN Johor dapat membantu rakyat negeri ini memilih siapakah calon dan juga parti yang dapat memanfaatkan segala tindakan dan juga pelaksanaan.

Ujar Ketua Penerangan UMNO negeri itu, Ikhtiar yang berlandaskan kepada keyakinan dan pandangan hadapan yang telahpun diperhalusi juga hendaklah diterjemahkan melalui semua calon BN dengan menyampaikan maklumat kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Jadi dengan kaedah ini kita ada berbaki sepuluh hari bersama-sama meletakkan Ikhtiar ini diketahui oleh pengundi dan tentu sekali apa yang telah diberikan maklumat kepada semua calon daripada BN di setiap 56 DUN adalah untuk kebangkitan semula negeri Johor di dalam pelbagai aspek yang diperlukan oleh masyarakat.

“Jadi kita berharap dengan adanya pelancaran Ikhtiar ini ia memberi gambaran penuh kepada semua pengundi untuk memilih BN sebagai kerajaan yang mampu menterjemahkan hasrat dan juga pelaksanaan segala kemajuan dan kemakmuran serta kestabilan negeri,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Begitu juga ulas Ahli Parlimen Tenggara itu mengenai pentingnya persempadanan semula supaya dapat memaksimakan perkhidmatan kepada rakyat.

Seterusnya, Dr Adham juga berkata keunikan Ikhtiar ini ialah ia bukan manifesto, sebaliknya berbentuk progresif dan dinamik.

“Ikhtiar sama juga dengan tindakan atau langkah-langkah yang akan dibuat dan sebahagian daripada Ikhtiar ini terkandung dalam apa yang kerajaan di bawah pimpinan Datuk Hasni Mohammad yang telah umumkan dalam Belanjawan 2022 dan perkara ini perlu diteruskan.

“Jadi jika kita lihat bahawa ini bukanlah manifesto Pakatan Harapan (PH) seperti yang kita lihat gagal pada 2018 sehingga kerajaan negeri ditubuhkan di bawah BN maka kita akan membandingkan bahawa kita optimis ini boleh dilaksanakan bukan sukar dan palsu di mata masyarakat,” ujarnya.

Semalam BN melancarkan Ikhtiar BN Johor dengan lima tawaran kepada rakyat Johor merangkumi kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk orang muda, membudayakan pentadbiran berintegriti dan melaksana reformasi politik. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.