Tazkirah Awwabin, Antara Slot Siaran Online PUMAS

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyiarkan siaran secara maya di laman Facebook UMNO Online.

Antaranya seperti motivasi pagi, jawab isu, berita PUMAS 5 @ 5, FB Live, FYP TikTok dan juga terbaru slot Tazkirah Awwabin.

Slot Tazkirah Awwabin akan bersiaran sepanjang hari bermula hari ini sehingga 11 Mac nanti pada jam 8 malam iaitu di antara waktu maghrib dan isyak serta mengambil masa selama lima belas minit.

Ia akan menampilkan agamawan yang terkenal seperti Penasihat Agama kepada Perdana Menteri yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Sekretariat Agama Pemuda UMNO Ustaz Afif Farhi Othman serta ustaz dan tenaga pengajar agama tempatan.

Antara pengisian adalah seperti mengambil iktibar sempena peristiwa Israk Mikraj, fadilat bulan Syaaban dan juga menyambut kedatangan bulan Ramadan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.