Matlamat BN Makmurkan Negeri Johor, Kembalikan Kegemilangan – Hasni

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Barisan Nasional (BN) Johor mempunyai satu matlamat iaitu mahu memakmurkan negeri Johor serta didukung oleh naratif politik baharu yang matang dan stabil.

Pengerusinya Datuk Hasni Mohammad berkata ia akan disokong oleh lima Ikhtiar dan inisiatif yang realis.

“Kita tidak berjanji. Kita berikhtiar. Dan ikhtiar-ikhtiar kita akan terus dikembang dan diperkasakan semata-mata untuk kemakmuran Johor Darul Takzim,” ujarnya ketika membentangkan lima Ikhtiar BN Johor secara maya yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online di sini hari ini.

Jelas Hasni yang juga Menteri Besar Johor, ikhtiar-ikhtiar tersebut mencangkupi Kemajuan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan Pentadbiran Berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan Reformasi Politik.

“Ikhtiar BN Johor adalah ikhtiar untuk semua Bangsa Johor. Marilah kita bersama-sama memakmurkan Johor Darul Takzim dengan ekonomi yang maju, perniagaan yang bercambah, infrastruktur yang moden dan kualiti hidup yang terbaik.

“Ingatlah, Johor harus tetap jadi Johor. Sudah tiba masanya untuk kita menentukan masa depan yang stabil buat negeri ini dan bangsanya,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu lagi.

Begitu juga katanya dalam masa lima tahun, BN memberi komitmen akan mengembalikan kehebatan ekonomi Johor yang pernah menjadi penyumbang tertinggi kepada keseluruhan pelaburan Malaysia. – UMNO ONLINE

Berikut merupakan Ikhtiar BN Johor:

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/03/Ikhtiar-BN-Johor-2022-Small-Version-1.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.