Siapa Calon MB PN, PH… Semua Ternanti-nanti, BN Tetap Hasni

JOHOR BAHRU, 28 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan bahawa semua pihak menunggu siapa calon menteri besar (MB) dari Pakatan Nasional (PN) sekiranya mereka diberi mandat menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan pada 12 Mac depan.

Jelasnya, semua tahu, Datuk Hasni Mohammad iaitu penyandang jawatan MB sekarang dan inilah juga calon MB Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) menang PRN nanti.

“Semua tunggu calon MB dari PN. Setakat ini belum. Kalau di Sabah, sebelum ada sepakatan ketika itu dengan kawan-kawan lain PN cepat-cepat umumkan calonnya. Di Melaka pun ada calonnya. Johor belum. Ramai yang masih sabar menunggu,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujarnya, dalam Pakatan Harapan (PH) pun belum jelas sementara yang bertanding atas tiket PKR belum disahkan oleh semua komponennya.

“Pun kena sabar menunggu. Dia tak boleh dilihat bergerak kat kampung dia sahaja kalau nak jadi pemimpin negeri.

“Siapa MB sangat penting. Johor pula negeri yang sangat sophisticated. Ada nelayan, peneroka, sampailah hal-hal berkaitan pelaburan dan industri yang besar-besar. Ada dua pelabuhan besar. Johor barisan depan negara.

“Tugasnya lebih besar dari sesetengah menteri yang jaga sesetengah kementerian. Jadi kenalah cepat umum. Katanya rakyat Johor ternanti-nanti. Saya kata, insya-Allah sehari dua lagi tahulah kita,” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.