Rakyat Jangan Tertipu Lagi, Kembalikan Potensi Kejayaan Johor Bersama BN – Ahmad Maslan


JOHOR BAHRU, 27 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengajak warga Johor untuk mengembalikan potensi negeri termaju dalam negara bersama-sama pentadbiran Barisan Nasional (BN) melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Beliau sebagai anak jati Johor dan juga Ahli Parlimen Pontian, beliau memaklumkan bahawa sebelum PRU 14, negeri Johor berpotensi untuk menjadi negeri paling maju di Malaysia.

“Buktinya tahun 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 Johor menduduki tempat pertama Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI), nombor satu dalam negara untuk lima tahun berturutan.

“Maksudnya Johor adalah negeri paling maju pada ketika itu namun potensi itu semua dirosakkan oleh PKR, Dap, PAN dan PPBM. Dulu semua ini dalam PH, parti Muda adalah dari dalam itu, Pejuang pun juga tapi semua mereka itu merosakkan potensi,” katanya kepada UMNO Online.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan warga tempatan agar tidak tertipu lagi dan tidak tersalah pilih dalam mengundi.

“Saya ingin mengingatkan kawan-kawan semua agar jangan kita tertipu lagi, jangan tersalah pilih lagi hinggakan negeri kita hilang potensi… maka kita kembalikan potensi itu di bawah pimpinan Datuk Hasni Mohammad,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 12 Mac manakala undi awal pada 8 Mac. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.