Iktibar 22 Bulan, Jangan Tertipu Lagi Dengan Helah PH – Puad

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap rakyat di Johor mengambil iktibar dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebbelum ini.

Katanya, rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak perlu sekali lagi termakan dengan helah serta janji manis PH kerana sekiranya tidak tragedi kegagalan akan berulang kembali.

“Kita menyeru pengundi terutama di DUN Rengit menolak calon daripada PH sebab kita sudah pun melalui mimpi ngeri selama 22 bulan mereka memerintah dengan gagal menunaikan amanah, tidak memenuhi janji-janji yang ditawarkan terutamanya manifesto 100 hari.

“Maka kita jangan ulangi mimpi ngeri itu dan mesti memberi mandat kepada kerajaan yang bakal menjamin kestabilan masa depan kepada rakyat di negeri Johor,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut berharap agar pengundi memilih BN bagi memastikan kecemerlangan tadbir urus negeri ini dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya ingin menyeru kepada para pengundi supaya memilih BN untuk PRN ini kerana parti gabungan ini menjanjikan untuk memberikan yang terbaik.

“Saya yakin apabila rakyat memberi mandat majoriti kukuh dua pertiga kepada BN kita mampu sebenarnya untuk memberikan terbaik bagi rakyat di negeri ini,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.