Jentera BN Pada Tahap Terbaik, Siap Sedia Hadapi PRN – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 23 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan beliau sudah selesai melakukan siri pertemuan dengan keseluruhan UMNO bahagian-bahagian di negeri Johor.

Pertemuan itu diadakan bagi melihat persiapan jentera bahagian untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

“Kereta sudah bergerak lama dah masuk gear lima pun. Jentera sudah berjalan… teruskan.

“Saya sudah selesai jumpa dan melawat 26 bahagian dan Parlimen seluruh Johor. Hari ini saya mula masuk pusingan kedua, apa nak tunggu lagi?” ujar beliau.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian sebelum ini melakukan pertemuan dengan UMNO bahagian-bahagian dan berdasarkan persiapan yang dilihat beliau optimis keupayaan jentera dalam merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenenangi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Untuk rekod beliau sebelum ini ke Labis, Sekijang, Mersing, Kota Tinggi, Tebrau,Tenggara, Kulai, Pengerang, Ledang, Muar, Bakri, Pasir Gudang, Johor Bahru, Sembrong dan beberapa bahagian lain.

Beliau juga sebelum ini berpandangan momentum sokongan rakyat Johor kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir kembali negeri ini juga sangat tinggi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, tarikh penamaan calon pada 26 Feb manakala pengundian awal 8 Mac.

Pilihan raya ini diadakan selepas kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember lalu ianya sekaligus menyebabkan kedudukan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.