Rakyat Akan Buka Mata Lihat Sifat Keji Bersatu – Razlan

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berpandangan rakyat akan membuka mata untuk melihat betapa jahat dan kejinya pemimpin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, apatah lagi dengan sikap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang rakus mengkritik UMNO namun apabila mahu menjadi Perdana Menteri meminta sokongan daripada pemimpin parti ini.

“Muhyiddin hasut orang-orang UMNO untuk lompat dan tinggalkan UMNO bagi memberi kekuatan pada parti dia, dia rasuah Ahli Parlimen UMNO dengan jawatan.

“Dia buat apa sahaja untuk menghalalkan jawatan Perdana Menteri untuk dia. Saya pun tak tahu, berapa tebal kulit muka dia apabila semua rakyat sudah tahu rasuah politik yang dia sudah lakukan.

“Ahli Parlimen yang lompat, semua dia tolong sehingga tiada kes disiasat dan didakwa. Tunggu sahaja masanya apabila institusi penguatkuasaan negara diletakan semula ke tempatnya tanpa ada campur tangan politik. Nescaya semua kerakusan Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) akan terbongkar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu Mohd Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata parti keramat ini mempunyai prinsip, apabila tidak sehaluan dengan Muhyiddin tindakan yang dilakukan ialah menarik sokongan dan membuat keputusan untuk tidak berkerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15)

“Apa yang buat Muhyiddin tunggu lagi sekira tidak bersetuju dengan Parti UMNO lagi? Bulan Jun tahun 2021, beliau sebagai Perdana Menteri memberi keyakinan kepada negara sekira immuniti kelompok sudah mencapai 80 peratus PRU ke-15 akan dilakukan, sekarang sudah capai dan sudah di dos penggalak, kenapa takut menarik sokongan?

“Bersatu takut kalah, mereka tahu ada banyak kes-kes yang di sorok bawah tikar akan dibongkarkan, kes-kes rasuah Ahli Parlimen yang melompat akan dibongkarkan, ada projek Janawibawa yang diberi kepada kroni Bersatu akan terbongkar, projek BistariNet akan terbongkar dan banyak lagi.

“Apa lagi yang Muhyiddin dan rakan-rakan Bersatu nantikan, tidak seorang pun yang berani meletakkan jawatan, mereka semua gilakan jawatan dan akan tunggu sehingga saat akhir penggal. Tiada prinsip!” tegas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.