Menyesal Pilih Dap, Masa Kempen Masuk Kampung Sudah Menang Orang Asli Diabai

JOHOR BAHRU, 19 Feb – Masyarakat Orang Asli di Iskandar Puteri meluahkan penyesalan mereka dengan sikap Ahli Parlimennya yang juga pemimpin veteren Dap, Lim Kit Siang yang diibaratkan seperti menanam tebu di tepi bibir.

Muhammad Iskandar Roki, 28 tahun yang merupakan seorang nelayan memaklumkan Kit Siang sebelum ini berjanji untuk membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi namun akhirnya mereka diabaikan.

“Zaman Pakatan Harapan (PH) dahulu sukar, tidak ada bantuan… ini jujur saya cakap yang kami ini dah la susah jadi makin susah… apa benda semua tidak boleh. Dia janji dengan kami hendak selesaikan masalah tapi sampai sekarang kami ini tidak diendahkan.

“Kit Siang tidak masuk kampung, ada wakil sahaja selalu… macam mana ahli Parlimen begini, kita hendak wakil rakyat yang turun padang tengok Orang Asli yang susah ini.

“Saya pernah bawa Kit Siang semasa kempen penggal pertama masuk kampung kami, tapi menyesal… apa boleh buat… sudah jadi begini kami salah pilih, ini lagi teruk,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Jelas anak muda itu lagi, penyesalan menyokong PH sebelum ini sudah tidak berguna lagi namun perkara yang paling penting ketika ini adalah untuk memastikan Johor terus ditadbir oleh pemimpin dan parti yang benar-benar berpengalaman serta komited dalam membantu rakyat.

Katanya lagi, beliau merindui pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU ke-14) yang lalu kerana BN tidak mengabaikan kebajikan dan penempatan masyarakat Orang Asli terutama di Kampung Simpang Arang.

“Bantuan BN kepada Orang Asli macam-macam yang kami dapat seperti jalan, jeti, sekolah agama, tadika… lepas ini saya akan pilih BN dan sangat yakin untuk kali ini, kami akan pilih satu sahaja lain tidak ada.

“Kami mahu kerajaan baharu pimpinan calon Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad nanti untuk selesaikan masalah kami ini, PH sudah tentu memang tidak akan membantu,” ujar beliau lagi. – UMNO Online