Rakyat Sokong PRN, 22 Bulan PH Di Johor, Bagi Bantuan Pun Pilih ‘Bulu’

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 sememangnya memberikan detik hitam buat rakyat di Johor, bagi mereka banyak cacat cela yang terpaksa ditelan sepanjang tempoh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14).

Bagi Abdul Jalil Abdul Majid, 58, beliau meluahkan kekesalan dengan PH yang disifatkan memilih kelompok rakyat untuk diberi bantuan terutama kepada penyokong mereka sahaja.

“Kita di peringkat kampung ini memang tidak ada apa-apa dari segi bantuan, PH hanya berpihak kepada orang dia sahaja.

“Bagi kita ini di bawah Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar dari Amanah, Dzulkefly Ahmad apa sahaja sumbangan kita tidak dimaklum hanya orang yang sebelah dia sahaja.

“Tapi sejak Datuk Seri Hasni Mohammad mentadbir banyak perkara yang berubah bukan secara mendadak, termasuk juga dalam menangani COVID-19 masalah pekerjaan dan sebagainya,” ujar beliau ketika ditemui UMNO Online.

Pandangan sama diberikan Norazlina Alias, 43 yang menyifatkan sejak PH mengambil alih tadbir urus negeri pelbagai isu yang timbul malah mereka disifatkan sebagai tidak cakna rakyat.

“Pada pendapat saya memang wajar untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini kerana kita mahukan kestabilan negeri kerana sekarang pun tidak menentu

“PH selama 22 bulan macam diawang-awang kerana tidak stabil jadi kita perlukan yang betul-betul berpengalaman untuk memajukan negeri untuk rakyat kerana ramai yang kehilangan kerja.

“Jelas PH ini tidak menjalankan peranan mereka dengan sebetulnya meskipun mereka mendapat mandat daripada rakyat pada PRU ke-14 yang lalu,” katanya.

Sementara itu, bagi Ismail Sulaiman, 63 seorang nelayan di kawasan Kota Iskandar turut berharap rakyat dapat menunaikan tanggungjawab yang sebaiknya pada 12 Mac nanti.

Katanya, rakyat perlu rasional dalam melakukan pertimbangan dalam memilih kepimpinan yang layak dan mempunyai kredibiliti dalam mentadbir negeri ini.

“Tunjukkan suara dengan memilih kerajaan yang sebaiknya untuk mentadbir negeri ini,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.