PPBM Berterusan Cuba Memecah-belahkan Pimpinan UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Mudah dibaca apabila Ketua Penerangan PPBM (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan berterusan memburukkan UMNO/Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan gelaran ‘kluster mahkamah’ dan terbaru ‘kumpulan soleh’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata tindakan itu hanya mahu memecah-belahkan dan memburukkan UMNO/BN.

“Bagaimanapun saya ingin nyatakan sebutlah apa pun gelaran yang Bersatu suka, UMNO BN kekal fokus memperkukuhkan parti dan bekerja kuat memenangi hati rakyat bagi memastikan BN UMNO dapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan BN yang stabil di Johor demi rakyat Johor,” ujar Pengarah Komunikasi BN itu dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya lagi, hakikatnya, satu jari Ketua Penerangan Bersatu menuding kepada UMNO, ada empat jari lain menuding kepada parti itu sendiri.

“Kerana itu hakikatnya dalam Bersatu pelbagai kluster mereka ada.

“Justeru itu jangan ingat rakyat bodoh dan tidak tahu,” tegasnya.

Katanya lagi, UMNO/BN sangat yakin rakyat bijak menilai. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit