PRN Johor Menarik, Berbeza Suasana Berbanding PRU14 – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menyajikan sesuatu yang menarik.

Begitu juga katanya mengenai suasana menjelang PRN itu yang jauh berbeza daripada keadaan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“PH (Pakatan Harapan) sendiri mencuba strategi baru dengan berpecah kepada dua kumpulan – PKR di bawah lambang sendiri tapi yang digunakan semasa PRU14 dan DAP dan PAN memakai lambang PH.

“PPBM semasa PRU14 bersama PH dalam PRU14 tapi kali (ini) bersama PAS di bawah satu lambang PN (Perikatan Nasional). Lambang PAS semasa PRU14 pula disimpan untuk masa hadapan,” katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya.

Manakala MUDA pula katanya diketuai oleh pemimpin muda yang juga bermula sejarah politiknya bersama PH dan PPBM semasa PRU14.

“Penyertaan MUDA lebih mengguna kesempatan PRN Johor untuk mengukur kekuatan agar ditawarkan platform yang lebih mantap pada PRU15 akan datang.

“PEJUANG juga pernah bersama PPBM dan demikian dalam gagasan PH. Kali ini, bersendirian.
WARISAN pun mencuba nasib,” tambahnya.

Walaupun begitu katanya, BN tetap seperti asal dengan rakan-rakan yang kekal setia tetapi bersemangat baru.

Seterusnya jelas bekas Pengerusi Felda itu lagi, pengundi pula sudah bertambah kerana pendaftaran pengundi secara otomatis dan dari umur 18 tahun ke atas. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.