PRN Johor: SUA Teruskan Siri Kunjungan, Perkemas Gerak Kerja UMNO

MERSING, 3 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini meneruskan siri kunjungan beliau ke beberapa UMNO Bahagian-bahagian di Johor sebagai persiapan menuju ke Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau pagi tadi bersama Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof dan pimpinan di pejabat bahagian bagi menyampaikan mandat daripada Ibu Pejabat UMNO.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut dijadual akan ke UMNO Bahagian Kota Tinggi, Tebrau dan Tenggara sebelum ke Kulai, Pengerang, Ledang, Muar dan Bakri pada Jumaat dan Sabtu.

Dilaporkan, pada 22 Jan lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN Johor.

Kerajaan Negeri Johor sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi) dan MIC (dua) serta disokong Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala PH dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam). – UMNO Online – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.