UMNO Bersama Rakyat Bukanlah Program Bermusim – Najmil

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Selain cakna dengan pelbagai permasalahan rakyat, UMNO yang sentiasa dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat meneruskan agendanya bersama orang muda menerusi pelbagai program yang diatur.

Bagi Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, pelbagai program yang dilaksanakan sudah pasti memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat.

“Contohnya Kejohanan Sepak Penalti Tertutup Urusetia UMNO DUN Wakaf Mempelam 2022 adalah bertujuan mengisi masa lapang anak-anak muda menerusi aktiviti sukan seumpama ini.

“Alhamdulillah, sebanyak 35 pasukan menyertai kejohanan inj mewakili Pemuda Cawangan serta Puteri Cawangan dalam DUN Wakaf Mempelam. Turut serta pasukan dari Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan,” katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia, program berkenaan serta pelbagai aktiviti kesukanan yang lain akan diatur serta dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Apa yang pasti program seperti ini bukanlah bermusim malah ianya akan terus dipelbagaikan dalam usaha mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.

“Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan khususnya kepada pasukan yang sertai dan tahniah kepada pemenang. Semoga ukhuwwah yang dibina ini, dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara satu sama lain,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.