Zahid Harap Tahun Baharu Cina Akan Perkukuh Muafakat Rakyat
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini akan memperkukuh kemuafakatan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berharap agar rakyat jadikan keseronokan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini sebagai kesempatan untuk mengeratkan kebersamaan.
“Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang akan meraikan perayaan itu pada tahun ini.
Semoga Tahun Baharu Cina 2022 sebagai Tahun Harimau akan membawa sinar kegembiraan dan kemakmuran.
“Selamat Tahun Baharu Cina 2022,” katanya dalam hantaran menerusi laman facebooknya. – UMNO Online