PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini kedudukan BN yang menjadi wadah politik negara selama ini.

Setiausaha Agungnya, Dr Zambry Abd. Kadir memaklumkan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang semalam telah berbincang perkembangan mutakhir dalam negara dan perencanaan tahun 2022 serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan.

“Mesyuarat turut membincangkan PRN Johor yang bakal diadakan. Justeru Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah PRN Johor, manakala Datuk Ir Hasni Muhammad sebagai Ketua Penyelaras.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera Barisan Nasional dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan seluruh pimpinan Dewan Tertinggi BN mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang merayakannya. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/01/Kenyataan-Media-SUA-Bil-1-2022-1.pdf”] 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.