Tiada Kenaikan Tarif Elektrik, Subsidi Lebih RM700 Juta Diteruskan – PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih sembilan juta pengguna domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini, beliau berkata subsidi elektrik sebanyak lebih RM700 juta juga akan diteruskan agar pengguna domestik tidak terkesan.

Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan pada Rabu lepas bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung untuk tempoh kawal selia bermula 1 Feb 2022 hingga 31 Dis 2024 di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

Keputusan itu juga terpakai kepada pengguna komersial dan industri.

Kadar tarif itu telah digunakan sejak 1 Jan 2014 apabila mekanisme IBR diperkenal sebagai dasar baharu dalam penetapan tarif elektrik. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.