Zahid Akur Dengan Keputusan Mahkamah, Peguam Yakin Akan Berjaya

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari ini.

Katanya, pasukan peguamnya akan meneruskan usaha sebagai persiapan untuk meneruskan prosiding di peringkat membela diri selaras dengan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan pihak mahkamah.

“Peguam-peguam saya akur keputusan yang dibuat oleh mahkamah seperti yang dikatakan oleh Hakim tadi dan itu adalah hak mutlak Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequereh dan akuran ini tidak terhenti pada hari ini sebaliknya pasukan peguam saya akan menjalankan tugas-tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan oleh mahkamah.

“Pembelaan ini maka pasukan peguam-peguam saya akan menjalankan tugas-tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan oleh mahkamah.

“Pasukan peguam-peguam saya akan meneruskan usaha-usaha guaman ini bagaimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah tadi dan tarikh-tarikh juga telah ditetapkan dan tentunya keakuran ini berdasarkan kepada sistem perundangan yang sedia ada,” katanya semasa sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Terdahulu Hakim memerintah Ahmad Zahid membela diri terhadap 12 tuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta milik Yayasan itu yang dimilikinya selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Dalam pada itu menurut Peguam, Hamidi Mohd Noh merasa yakin bahawa anak guamnya akan berjaya kerana mempunyai bukti yang kukuh.

“Semuanya sedia maklum bahawa pada hari ini kes terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah di panggil untuk membela diri dia belum di sabitkan bersalah jauh sekali di jatuhkan hukuman, pasukan peguam akan ‘pull up a very strong and robust defence’.

“Kita yakin bahawa pada akhirnya kita akan menang untuk sukses dalam kes ini. Pembelaan kita adalah kuat dan sangat yakin bahawa pada akhirny kita akan berjaya,” ujarnya.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, 69, terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, yang dimiliki Ahmad Zahid.

Mahkamah menetapkan 39 hari untuk mendengar kes pembelaan, bermula 26 hingga 28 April, 23 hingga 26 Mei, 27-30 Jun, 4-7 Julai, 22, 23, 29 dan 30 Ogos, 19-22, 26-29 Sept , 17-20 dan 31 Okt serta 1-3 dan 7-10 Nov. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.