PRN Johor: BN UMNO Akan Berusaha Dapatkan Majoriti Dua Pertiga – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Dengan situasi politik di Johor ketika ini, ekoran pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang secara rasmi diumumkan oleh menteri besarnya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkeyakinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah bersedia menghadapinya.

Ujar Pengarah Komunikasi BN itu, tanpa sedikitpun merasa besar diri, beliau percaya semua jentera UMNO BN di pelbagai peringkat akan bekerja kuat bagi memastikan parti mendapat sokongan daripada rakyat dan seterusnya mampu memperolehi majoriti dua pertiga.

“Kenapa perlu majoriti begini, pastinya kerana UMNO BN mahu memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk di Johor.

“Semua ini sangat penting supaya fokus dapat dilakukan oleh kerajaan untuk kepentingan Negeri Johor dan rakyat khasnya tanpa menghadapi apa-apa cabaran lagi akibat ketidakstabilan politik sebagaimana sekarang,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu dalam satu perkongsian di Facebook.

Jelasnya lagi, tentulah parti mengharapkan prestasi di Melaka dapat diterjemahkan pula kali ini di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Namun, kita kena bekerja kuat dan saya optimis BN UMNO Johor dan BN UMNO di peringkat Pusat serta UMNO BN di semua peringkat yang lain akan melakukan usaha bersama ke arah ini.

“Percayalah rakyat di Johor sangat bijaksana dan matang. Pastinya saya harap BN UMNO dijadikan pilihan memimpin Negeri Johor dalam keadaan kerajaan yang lebih kukuh dan kuat sebagaimana Melaka melalui PRN Johor kali ini.

“Semuanya demi rakyat dan Negeri Johor,” tambahnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.