Jentera Wanita UMNO Sentiasa Dalam ‘Mood’ Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan – Norshida

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Biarpun Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih menjadi desas-desus sehingga ke hari ini, namun Wanita UMNO pelbagai peringkat di negeri berkenaan telah berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan seandainya PRN benar-benar diadakan kelak.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online berkata langkah berkenaan cukup penting sebagai usaha memastikan penyelarasan dan sebagainya dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Pagi ini saya bersama-sama dengan Wanita UMNO Batu Pahat dalam Program Perjumpaan Ketua Wanita Cawangan dan Penyelaras JR PDM untuk memberi taklimat berkaitan isu-isu semasa dan sebagainya. Pada masa yang sama kita turut melaksanakan Gerak Kerja Penerangan Wanita dan Cyber Rangers Wanita di peringkat Bahagian,” katanya.

Katanya sepertimana yang ditekankan sebelum ini, soal berlaku PRN atau sebalikya, jentera wanita sentiasa berada dalam keadaan bersedia kerana itu adalah perkara yang selalu ditekan oleh pucuk pimpinan.

“Sama ada PRN berlangsung atau tidak dalam jangka masa terdekat ini, jentera Wanita sentiasa dalam ‘mood’ siap siaga dan bersedia. Jentera Wanita di setiap peringkat sentiasa komited memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti yang besar, seterusnya menjadi teraju pemerintahan kerajaan.

“Jutaan terima kasih kepada Ketua Wanita UMNO Batu Pahat dan kepimpinan lain kerana sudi menjemput saya hadir ke Batu Pahat. Semoga Allah sentiasa membantu gerak kerja perjuangan demi agama,bangsa dan tanah air,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.