Isu RFID: Reezal Merican Merawat Keresahan Rakyat Kepala Batas

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata isu sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sedang hangat diperkatakan di media ketika ini termasuklah di kawasan Parlimennya sendiri.

Katanya, di kawasan beliau sendiri, isu ini terjadi di Tol Bertam dan ia menyukarkan urusan penduduk di sini.

“Semalam semasa mesyuarat Jemaah Menteri, saya turut menyuarakan isu ini dan meminta agar pelaksanaannya diberi ‘soft-landing’.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersedia mendengar dan memberi ‘direction’ jelas agar rakyat diberi pilihan untuk terus menggunakan laluan Smart-Tag.

“Terima kasih juga kepada, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadhillah Yusof yang cukup responsif serta pihak PLUS yang memberi komitmen untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ismail Sabri telah memutuskan agar pengguna kenderaan diberikan pilihan sama ada menggunakan sistem RFID atau Smart Tag.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap penduduk di Kepala Batas tidak merasa risau kerana laluan RFID akan ditambah.

“Kepada orang-orang Kepala Bataih, jangan risau. Insya-Allah… satu laluan RFID di Tol Bertam akan ditukar semula kepada laluan Smart-Tag pada minggu hadapan. Ini jaminan yang telah diberikan kepada saya.

“Semuanya untuk Kepala Bataih. Kepala Bataih sentiasa di hatiku,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.